Dajjal adalah
seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain
selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti
halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya
seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg
di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman
Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi
Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah
r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta
matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis
Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg
paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti
buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua:
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat
At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada
pada dirinya.
Tempat
Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat
yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud
sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor
binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini
jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia
akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan
hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari
sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda
beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu
oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama
hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3
dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah

- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian
Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga
sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk
menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg
dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga
akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.